NISFU SYAABAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur kita untuk berblogging. Post kali ni adalah berkaitan dengan NISFU SYAABAN pada setiap tahun 15 syaaban ( 5 Julai 2012). Pejam celik-pejam celik kejap je nak langkah masuk Ramadhan.. Ya allah,  tak sabar pulak rasanya. semoga kita semua diberi kesempatan untuk sambut Ramadhan pada tahun ni lagi.

Sahabat-sahabat jangan lupa ye malam khamis ni jom sama-sama lakukan amalan pada malam nisfu syaaban. Nak tau apa amalannya? ok, baca bawah ni ye..

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah ; surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah ; surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, rabu malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam; mati di dalam iman; pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x ; selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Ikhlas lah dalam melakukan amalan kerana Allah. InsyaAllah ganjaran sangat besar menanti. Untuk lebihmotivasi untuk melakukan amalan diatas, jom kita baca kelebihan bulan Syaaban dekat bawah ni :

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'lam.

Subhanaallah, besarnya kelebihannya. Tapi mesti ingat, apapun yang kita lakukan hanya kerana Allah. Setakat ini sahaja dulu coretan saya pada hari ini.