Bakal ke Alexandria, Mesir

Assalamualaikum,
alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret serba sikit untuk tatapan semua. Hari ini saya sudah mendapat tiket ke Cairo untuk mengikuti kelas bahasa Arab di Alexandria.. Ni la jadual penerbangan saya.. Ada sesape yang naik flight skali tak? Jumpa dekat airport 12julai ni ok ^_^


Sebenarnya, yang nak diceritakan adalah pusat pengajian saya disana. Mungkin ada yang berminat untuk mengukuhkan lagi bahasa arab, bahasa Al-Quran, bahasa syurga ni, boleh la pegi ke Qortuba Institute of arabic Studies. saya nak cakap banyak pun taknak sebab tak sampai lagi, sahabat-sahabat boleh la ke laman web --> KLIK SINI

Alexandria ni kalau kita tgk google memang tempat yang cantik, mengikut akak-akak senior yang pegi, semuanya cakap cantik dan berbaloi. smbil menimba ilmu, sambil dapat pengalaman yang best dekat sana. Kos saya dan sahabat-sahabat lain pegi ke sana adalah lebih kurang dalam RM8000 seorang. Kos ni termasuklah tiket flight, yuran pengajian, penginapan dll.. all-in-one la katakan ^_^
Jom ambil mood sikit sebelum ke sana. Kita view tempat-tempat menarik dekat sana dengan bantuan en Google :





Banyak lagi tempat menarik kat Alex ni, cuma taknak memberatkan blog aje.. boleh klik link tempat belajar tu pun ada banyak tempat menarik yang di 'list'kan.. Program pengajian saya disana adalah selama 2 bulan sahaja & puasa serta raya disana. Bakal dapat pengalaman baru sebab pertama kalinya berhari raya tanpa keluarga disisi. semoga dikuatkan hati dan yang penting adalah doa daripada sahabat-sahabat. Jangan lupa doakan ana supaya selamat pergi dan balik.. T_T

No comments: